SINOPSIS
Langkasuka: Negara Melayu Pertama adalah sebuah buku perintis dalam bahasa Melayu yang menggalurkan dengan begitu menyeluruh dan meyakinkan tentang sebuah negara-kota purba yang kewujudannya sentiasa menjadi perdebatan di kalangan para penyelidik bidang sejarah, arkeologi, dan budaya. Mohd Zamberi A Malek telah merujuk dan memetik pelbagai sumber daripada catatan silam para pengembara yang merantau ke alam Melayu, hikayat lama, maupun kajian sarjana terkini. Semua fakta dan bukti disulam kembali hingga dapat meletakkan satu perspektif yang betul dalam pemikiran pembaca tentang Langkasuka.
Bagi penulis, Langkasuka adalah asas kepada pemahaman yang lebih jelas berkenaan sejarah silam negeri-negeri Melayu Semenanjung hingga membawa kepada pembinaan negara-bangsa Malaysia sekarang. Oleh itu nama Langkasuka tidak boleh diketepikan sama sekali jika kita memperkatakan tentang tamadun awal bumi Semenanjung Tanah Melayu atau sejarah purba negara ini. Pengetahuan yang cukup terbatas dan ketiadaan sebarang bahan bukti khusus mahupun sumber bacaan tentang Langkasuka tidak menjadi halangan tetapi pencetus semangat mencari khazanah yang hilang ini.
Buku ini memberi gambaran yang semakin jelas kepada kita tentang Langkasuka dari pelbagai aspek. Banyak gambar dalam buku ini menjernihkan imaginasi kita tentang Langkasuka dan mendekatkan ilusi kepada realiti. Hujah dan rasional penulis lebih memahamkan kita tentang legasi dan karma Langkasuka yang getarnya sentiasa menyentuh nurani dan ufuk pemikiran mereka yang memburu sejarah kegemilangannya. Penulisan buku ini berdasarkan kajian yang mendalam dan mengambil tempoh yang lama serta bersandarkan pelbagai bahan rujukan. Langkasuka kini tidak seharusnya menjadi seperti suatu misteri atau mitos sebaliknya suatu warisan kebanggaan kita.
KANDUNGAN
1. Kepercayaan Dan Kebudayaan
- Pendahuluan
- Hubungan Awal India-China
- Pengaruh dan Kepercayaan
- Pengaruh Hindu-Buddha
- Dewaraja dan Negara-kota
- Kesusasteraan dan Kesenian
2. Catatan Bukti Sumber Tradisi
- Negara-kota Langkasuka
- Pembuktian Sumber Tradisi
- Kerajaan Kathaha Nagara
- Perbezaan Langkasuka-Kathaha
- Perdebatan Lokasi Langkasuka
3. Pengaruh Sosio-Politik Luar
- Pengaruh Funan
- Pengaruh Srivijaya
- Serangan Chola-Mandala
- Pengaruh Majapahit
4. Kegemilangan Dan Kejatuhan
- Ekonomi Maritim
- Serangan Siam Sukhothai
- Abad Penyebaran Islam
5. Pusat Pemerintahan Langkasuka
- Patani Lokasi Langkasuka
- Patani Kota Langkasuka
- Warisan Peradaban Melayu
- Kepentingan Langkasuka
6. Penemuan Tapak Langkasuka
- Ekskavasi dan Arkeologi
- Penyelidikan Kompleks Yarang
- Forum Sejarah Langkasuka
- Rumusan dan Penutup
PESANAN PEMBELIAN
Pesanan pembelian boleh dibuat terus kepada Anjung Media Resources dengan mengisi PESANAN PEMBELIAN dan dikembalikan kepada Anjung Media Resources melalui email, faks atau pos bersama pembayaran atau bukti pembayaran.
No comments:
Post a Comment