Pages

Sunday, 18 March 2012

Ungku Omar Ahmad

TERBITAN  TERKINI 



SINOPSIS

Dato' Dr. Ungku Omar Ungku Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ungku Omar adalah antara permata menjadi tonggak kekuatan tiang seri negara ini ketika kita mula menapak sebagai sebuah bangsa merdeka. Walaupun namanya sering dikaitkan dengan Pusat Penyelidikan Perubatan atau IMR (Institut of Medical Research), beliau bukan sekadar ahli sains dan tokoh perubatan, tetapi juga intelektual, pentadbir disegani dan pejuang bangsa yang sentiasa meletakkan kepentingan agama, bangsa, dan negara melebihi segalanya.

Berasal dari keluarga bangsawan, Ungku Omar dewasa dan menjalani alam pekerjaan tanpa melupakan anak bangsa yang terpinggir. Masalah kesihatan dikenal pasti sebagai penyebab utama kemunduran dan ketinggalan masyarakat desa dan pedalaman. Pegangan beliau mudah sahaja – ‘otak yang baik datangnya daripada tubuh yang sihat.’ Sebagai anak tempatan pertama menjadi Ketua Pengarah IMR usaha meningkatkan tahap kesihatan penduduk luar bandar menjadi agenda utamanya.

Perjuangan Ungku Omar untuk memberikan peluang pendidikan yang meluas hingga ke tahap tertinggi kepada bangsanya terjelma melalui cetusan idea penubuhan sebuah universiti Islam, dan universiti aliran kebangsaan. Wawasan luhur Ungku Omar yang menyediakan kesinambungan kepada pelajar aliran agama dan aliran kebangsaan menjadi realiti dengan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu terbukti melalui penglibatannya dalam pelbagai jawatankuasa bermatlamat mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran dan sistem pendidikan.

Ungku Omar adalah seorang yang cemerlang. Sebagai pelajar kehebatannya diperakui rakan dan guru. Sebagai penyelidik dan pentadbir beliau diiktiraf hingga di peringkat antarabangsa. Kepakarannya ditagih oleh pelbagai institusi. Beliau meninggalkan pengaruh dan kesan mendalam dalam tugas yang diamanahkan kepadanya dan kepada pihak yang bekerja atau berhubungan dengannya. Ungku Omar adalah Melayu unggul yang didambakan oleh masyarakat dan negaranya. Pemergiannya terlalu awal namun semangatnya tetap dibawa bersama oleh mereka yang menghargai sumbangannya.


Buku Ungku Omar Ahmad: Tokoh Negara Tersohor menjejaki perjalanan hidup tokoh yang disegani ini. Sebagai sebuah penerbitan biografi, penulis membuat penyelidikan meluas, menimba bahan dan maklumat daripada pelbagai sumber terutamanya daripada individu yang akrab dengan Ungku Omar. Penulisan ini dapat memberi gambaran lengkap berkaitan latar belakang, peranan, jasa serta pemikiran tokoh anak watan yang keperibadiannya terpuji, sikapnya dapat dijadikan teladan, pemikirannya menjadi pedoman, dan warisan yang ditinggalkan menjadi kebanggaan.

Sunday, 22 May 2011

Langkasuka



SINOPSIS

Langkasuka: Negara Melayu Pertama adalah sebuah buku perintis dalam bahasa Melayu yang menggalurkan dengan begitu menyeluruh dan meyakinkan tentang sebuah negara-kota purba yang kewujudannya sentiasa menjadi perdebatan di kalangan para penyelidik bidang sejarah, arkeologi, dan budaya. Mohd Zamberi A Malek telah merujuk dan memetik pelbagai sumber daripada catatan silam para pengembara yang merantau ke alam Melayu, hikayat lama, maupun kajian sarjana terkini. Semua fakta dan bukti disulam kembali hingga dapat meletakkan satu perspektif yang betul dalam pemikiran pembaca tentang Langkasuka.

Bagi penulis, Langkasuka adalah asas kepada pemahaman yang lebih jelas berkenaan sejarah silam negeri-negeri Melayu Semenanjung hingga membawa kepada pembinaan negara-bangsa Malaysia sekarang. Oleh itu nama Langkasuka tidak boleh diketepikan sama sekali jika kita memperkatakan tentang tamadun awal bumi Semenanjung Tanah Melayu atau sejarah purba negara ini. Pengetahuan yang cukup terbatas dan ketiadaan sebarang bahan bukti khusus mahupun sumber bacaan tentang Langkasuka tidak menjadi halangan tetapi pencetus semangat mencari khazanah yang hilang ini.



Buku ini memberi gambaran yang semakin jelas kepada kita tentang Langkasuka dari pelbagai aspek. Banyak gambar dalam buku ini menjernihkan imaginasi kita tentang Langkasuka dan mendekatkan ilusi kepada realiti. Hujah dan rasional penulis lebih memahamkan kita tentang legasi dan karma Langkasuka yang getarnya sentiasa menyentuh nurani dan ufuk pemikiran mereka yang memburu sejarah kegemilangannya. Penulisan buku ini berdasarkan kajian yang mendalam dan mengambil tempoh yang lama serta bersandarkan pelbagai bahan rujukan. Langkasuka kini tidak seharusnya menjadi seperti suatu misteri atau mitos sebaliknya suatu warisan kebanggaan kita.




KANDUNGAN


1.            Kepercayaan Dan Kebudayaan
  • Pendahuluan
  • Hubungan Awal India-China
  • Pengaruh dan Kepercayaan
  • Pengaruh Hindu-Buddha
  • Dewaraja dan Negara-kota
  • Kesusasteraan dan Kesenian


2.     Catatan Bukti Sumber Tradisi
  • Negara-kota Langkasuka
  • Pembuktian Sumber Tradisi
  • Kerajaan Kathaha Nagara
  • Perbezaan Langkasuka-Kathaha
  • Perdebatan Lokasi Langkasuka


3.            Pengaruh Sosio-Politik Luar
  • Pengaruh Funan 
  • Pengaruh Srivijaya 
  • Serangan Chola-Mandala
  • Pengaruh Majapahit

4.      Kegemilangan Dan Kejatuhan
  •  Empayar Langkasuka
  • Ekonomi Maritim
  • Serangan Siam Sukhothai
  • Abad Penyebaran Islam

5.     Pusat Pemerintahan Langkasuka
  • Patani Lokasi Langkasuka
  • Patani Kota Langkasuka
  • Warisan Peradaban Melayu
  • Kepentingan Langkasuka

6.     Penemuan Tapak Langkasuka
  • Ekskavasi dan Arkeologi
  • Penyelidikan Kompleks Yarang
  • Forum Sejarah Langkasuka
  • Rumusan dan Penutup



PESANAN PEMBELIAN

Pesanan pembelian boleh dibuat terus kepada Anjung Media Resources dengan mengisi PESANAN PEMBELIAN dan dikembalikan kepada Anjung Media Resources melalui email, faks atau pos bersama pembayaran atau bukti pembayaran.